Friday, April 30, 2010

SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 21

Selamat tinggal Sukan Tahunan 2010. Jumlah lagi pada tahun 2011 dengan temasya sukan yang lebih meriah.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 20

Para pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Guru-guru Penolong Kanan dan tetamu jemputan.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 19

Tarik...! Tarik....! tarik.....! acara kemuncak sukan tahunan ke-21 Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 18

Kalah menang dalam sesuatu pertandingan merupakan adat bertanding. Pasukan yang kalah perlu berusaha dengan gigih untuk menebus kekecewaaan pada tahun ini. Jumpa lagi tahun hadapan.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 17

Kemeriahan pertandingan akhir acara tarik tali sukan tahunan ke-21. Semua guru dan murid sanggup bermatian-matian menyokong rumah sukan masing-masing untuk memastikan pingat emas dalam gengaman.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 16

Guru-guru rumah sukan tutut memberi sokongan moral kepada peserta rumah sukan masing-masing.


Wednesday, April 28, 2010

SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 15

gelagat para peserta yang mengambil bahagian sebelum acara pertandingan dimulakan.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 14

Peserta wanita rumah-rumah sukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi untuk menyumbang pingat. Kemenangan dengan menyumbang pingat kepada rumah-runah sukan menjadi kebanggaan diri.

SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 -13

Semangat kesukanan para peserta yang mengambil bahagian amat dikagumi oleh para hadirin yang datang menyaksikan temasya sukan tahunan ke-21.


Tuesday, April 27, 2010

SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 12

Sukan tahunan mampu melahirkan jaguh-jaguh olahraga pada masa hadapan. Ramai berbakat dalam sukan olahraga telah dikenalpasti oleh jurulatih olahraga untuk diberi bimbingan dan latihan berterusan.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 11

Pelbagai aksi murid-murid tahap 2 ketika menyertai pelbagai acara olahraga yang dipertandingkan. Semua peserta rumah sukan bermati-matian merebut pingat kejuaraan.

SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 10

Selain memastikan perjalanan sukan tahunan lancar, para guru juga sibuk menguruskan jualan untuk mengisi tabung kebajikan kelas guru ketika temasya sukan tahunan diadakan.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 9

Guru-guru turut bertungkus-lumus menjayakan temasya sukan tahunan supaya dapat dilaksanakan dengan jayanya.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 8

Kalah menang merupakan adat pertandingan. Murid-murid menunjukan pelbagai kemahiran yang dipelajari daripada guru kelas masing-masing.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 7

Aksi sukan murid-murid tahap dan Pendidikan Khas. Pelbagai aksi lucu dapat dipertontonkan oleh para hadirin yang datang menyaksikan temasya sukan tahunan. Mereka menunjukkan aksi dengan penuh semangat juang yang tinggi.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 6

Persembahan tarian hip hop daripada murid-murid tahun 5 telah memukau para hadirin yang datang menyaksikan temasya sukan tahunan sekolah.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 5

Pengarah Hospital Sungai Buloh telah merasmikan temasya sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh ke-21. Kehadiran tuan pengarah telah menyerikan temasya sukan tahuanan yang telah diadakan pada hari sabtu yang lalu.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 4

Upacara bacaan ikrar sukan tahunan ke-21 pada tahun ini diketuai oleh Nur Muhammad daripada rumah Bendahara. Semangat kesukanan yang tinggi telah dapat mewujudkan suasana harmoni kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian. Trek dan balapan yang becak tidak menghalang para peserta mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.

SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 3

Semua pasukan rumah sukan dan unit beruniform membuat lintasan di hadapan tetamu undangan di pentas utama dengan menunjukkan pelbagai gaya kawad kaki yang diajar oleh guru-guru pembimbing. Tahniah pasukan perbarisan rumah sukan Laksamana yang menjuarai pertandingan perbarisan terbaik sukan tahunan.

SUKAN TAHUANAN SKSB KE-21 2010 -2

Pasukan perbarisan rumah-rumah sukan dan unit-unit beruniform Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh sedang membuat persiapan sebelum acara perbarisan dijalankan. Semua murid bersemangat untuk memperagakan kostum rumah sukan dan unit beruniform masing-masing.


SUKAN TAHUNAN SKSB KE-21 2010 - 1

Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh ( SKSB ) telah dijalankan pada 24 April 2010 yang lalu dengan meriahnya. Ramai ibu bapa datang menyaksikan temasya tahunan ini.


Wednesday, April 21, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 18

Semoga sambutan hari guru pada tahun 2009 meninggalkan kenangan manis kepada semua warga sekolah. Pelbagai rencah aktiviti yang dijalankan mampu meningkatkan hubungan baik sehingga ke akhir waktu sebagai pendidik di sekolah ini.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 17

Aksi-aksi tarian yang dipersembahkan oleh guru-guru perempuan ketika sambutan hari guru peringkat sekolah pada tahun 2009.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 16

Persembahan tarian oleh guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh ketika sambutan hari guru 2009. Persembahan mereka telah memukau para penonton dengan lengok lentik badan mengikut irama tarian.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 15

Persembahan angkulang oleh murid-murid tahun 3 di bawah bimbingan Cikgu Nurasyid Nordin. Beliau turut berpindah sekolah. Semoga berjaya di tempat kerjaya baru. Segala pengorbanan dan curahan ilmu di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh amat dihargai.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 14

Guru-guru dan seorang murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh turut membuat persembahan ketika sambutan hari guru 2009.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 13

Aksi-aksi joget yang jarang dipertontonkan di kelayakan ramai oleh guru-guru penolong kanan Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh. Ini adalah tarian terakhir yang dipersembahkan oleh Cikgu Halimon Suratman sebelum berpindah sekolah pada penghujung tahun 2009. Selamat maju jaya diucapkan keada Cikgu Halimon Surman.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 12

Lengok, lentik dan penuh berseni. Inilah ciri-ciri penari tarian joget yang verstail yang jarang-jarang ditemui. Guru-guru perempuan sanggup bermandi peluh mengajar guru-guru penolong kanan menarik dengan teknik dan irama yang betul.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 11

Persembahan tarian joget oleh guru-guru penolong kanan turut menghiburkan murid-murid. Skil tarian mereka telah menarik minat dan perhatian semua guru dan murid sekolah.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 10

Guru-guru lelaki menunjukkan pelbagai skil bermain bolasepak sebelum Kejohanan Piala Dunia yang akan diadakan di Afrika Selatan pada bulan Julai 2010 nanti. Ada kemungkinan kelab-kelab ternama di dunia akan membeli beberapa orang guru yang mempunyai kemahiran tinggi dalam dunia bolasepak.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 9

Salah satu permainan tradisional masyarakat melayu, baling tin turut menjadi salah satu acara sempena hari guru 2009. Semoga permainan ini akan mengimbau kenangan dulu-dulu.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 8

Pelbagai aksi guru-guru lelaki dan perempuan ketika menyertai pelbagai aktiviti permainan yang diselia oleh Encik Mohd Hafiz, Setiausaha Sukan Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 7

Aktiviti mengukur kelapa oleh guru-guru lelaki telah menguji kesabaran sebagai golongan adam yang sejati di muka bumi ini. Gambar ini jelas menunjukkan golongan kaum adam mempunyai kemahiran mengurus rumah tangga dengan baik.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 6

Guru-guru lelaki pula menunjukkan kepakaran memecahkan belon yang diikat pada kaki masing-masing. Pelbagai gaya dan teknik tendangan dan hentakan kaki telah ditunjukkan dengan penuh bersemangat oleh semua guru yang menyertai pertandingan tersebut.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 5

Guru-guru perempuan menunjukkan kemahiran meniup belon dengan teknik yang betul. Salah satu kemahiran yang diajar oleh kebanyakan guru tahap 1.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 4


Semua murid bekerjasama menjayakan program yang dijalankan sepanjang sambutan hari guru 2009.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 3

Kelab Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Guru 2009 dengan penuh meriah. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk dipertontonkan kepada semua murid.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 2

Murid-murid mendengar nyanyian "Kami Guru Malaysia" oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh dengan penuh minat.

SAMBUTAN HARI GURU 2009 - 1

Suasana sambutan hari guru peringkat sekolah yang disambut pada 18hb. Mei 2009. Semua guru dan murid menyambut hari guru dengan penuh meriah.

Saturday, April 17, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 KE KOLEJ TENGKU KURSIAH 2010 - 6

Semoga murid-murid akan dapat mengutip sebanyak mungkin pengalaman lawatan sambil belajar untuk dipraktikkan dalam sesi pembelajaran agar memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh amat menghargai sumbangan yang dihulurkan oleh Kolej Tengku Kurisah untuk memantap jati diri murid-murid SKSB ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 KE KOLEJ TENGKU KURSIAH 2010 - 5


Sesi motivasi belajar yang dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar Kolej Tengku Kursiah. Murid-murid tahun 6 mendengar dan mencatat pelbagai tip-tip menjadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 KE KOLEJ TENGKU KURSIAH 2010 - 3

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh tekun mendengar taklimat perjalanan lawatan sambil belajar oleh guru kaunselor Kolej Tengku Kursiah di bilik mesyuarat.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 KE KOLEJ TENGKU KURSIAH 2010 - 4

Sesi lawatan ke pusat sumber, bilik R&D ( pembangunan dan penyelidikan ), bilik muzik dan kawasan persekitaran Kolej Tengku Kursiah oleh murid-murid tahun 6.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 KE KOLEJ TENGKU KURSIAH 2010 - 2

Sesi pengambaran antara para pelajar Kolej Tengku Kursiah dengan guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh. Semoga akan ada murid-murid tahun 6 yang akan menjejak kaki ke kolej untuk melanjutkan pelajaran di sini.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 KE KOLEJ TENGKU KURSIAH, SEREMBAN 2010 - 1

Lawatan sambil belajar ke Kolej Tengku Kursiah di Negeri Sembilan pada 10hb. April 2010. Semoga lawatan tersebut akan memberi pengalaman berguna kepada murid-murid tahun 6.

Wednesday, April 14, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 KE SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK ( SDAR ) 2010 - 11

Semoga lawatan sambil belajar ke SDAR akan membuahkan hasil setelah segala usaha dilakukan untuk mencapainya. Semuanya terletak di tangan murid-murid tahun 6 SKSB.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 KE SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK ( SDAR ) 2010 - 10

Semoga murid-murid SKSB akan dapat menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan baru supaya berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mendatang.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 KE SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK ( SDAR ) 2010 - 9

Gambar kenangan guru-guru SKSB dan SDAR. Semoga hubungan ini akan berkekalan demi mengukuhkan kerjasama kedua-dua belah pihak pada masa-masa akan datang.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 KE SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK ( SDAR ) 2010 - 8

Guru- guru SKSB dan SDAR serta murid-murid menjamu selera makan tengah hari di kantin bersama-sama.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID-MURID TAHUN 6 KE SEKOLAH DATUK ABDUL RAZAK ( SDAR ) 2010 - 7

Lawatan ke bilik-bilik darjah pembelajaran SDAR. Bilik pembelajaran kondusif yang dilengkapi pelbagai peralatan kerusi meja, penghawa dingin dan bahan bantu mengajar yang canggih telah membantu SDAR mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM maupun STPM.