Wednesday, March 31, 2010

DALAM KENANGAN


Perpatah melayu mengatakan"jauh berjalan, luas pengalaman." Seseorang perlu berhijrah untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman untuk memajukkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Segala pengalaman yang diperolehi boleh di simpan dalam memori untuk dijadikan kenangan sepanjang hidup. Sesungguhnya setiap detik yang dilalui akan mejadi kenangan untuk tatapan dan bahan cerita pada masa akan datang. Segala catatan kenangan boleh dijadikan panduan membina masa depan yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Blog ini akan sentiasa cuba mencatat dan memaparkan pelbagai kenangan yang dilalui sepanjang perjalanan hidup sebagai seorang pendidik untuk dikongsi bersama-sama. Semoga segala catatan ini mampu menyubur pemikiran sebagai modal insan berguna dan membangkitkan nostalgia lalu ke arah membuat muhasabah diri. Semoga paparan ini akan memberi manafaat kepada para pembaca blog. Sekian.